aku amat merindui ayah dan ibu ku...
Monday, May 24, 2010
Thursday, May 6, 2010
selamat pagi.. semua... hari ni kita perlu ceria dan mengamalkan cara hidup sihat agar kehidupan kita jauh dari segala penyakit yang berbahaya......
walaupun insiatif yang disarankan, dugaan demi dugaan dan cabaran akan selalu menanti dalam kehidupan kita....akan tetapi, jika kita pandai mengambil langkah yang sesuai, maka cabaran dan dugaan itu akan kita lalui dengan hati yang tabah dan enjoy....
apa-apa pun,jagalah kesihatan diri kita, sebagaimana yang telah disarankan oleh Nabi Muhammad S.A.W kepada umat-umat-Nya terdahulu....., dan ia perlu diamalkan oleh setiap insan yang bergelar hamba Allah S.W.T....
Posted by farhah at 9:04 PM 0 comments
Friday, April 30, 2010
sayang kamu...
kini.... aku dalam kehidupan dan landasan yang betul......
Posted by farhah at 2:38 AM 0 comments
Friday, March 5, 2010
pada hari rabu....3/3/2010 pada pukul 2.00 petang aku sangat gembira sekali kerana aku bertemu dengan orang yang paling aku sayangi dan hormatikepadanya.... pertemuan ini adalah pertemuan yang ditentukan oleh ALLAH S.W.T kerana jika bukan dengannya aku tidak dapat bertemu dengannya dan bersua muka dengannya kerana jarak yang memisahkan kami berdua.....
pertemuan ini adalah satu anugerah yang tidak ternilai bagiku..... pertemuan ini juga adalah satu semangat pada diriku untuk berjuang di campus ini..... aku amat menyanyaginya.... dan aku amat merinduinya........... jika bukan dengan ajaran dan dorongannya juga aku tidak akan berada di UPSI.....ini....
pertemuan yang tidak diduga ini adalah satu pertemuan yang tidak akan aku lupakan ... pertemuan yang tidak dirancang ini adalah ditentukan oleh Yang Maha Esa...
semasa aku ke Ipoh... tergerak hatiku ingin bertemu dengannya dan ingin diriku melawat ke tempat dia praktikum.... tetapi disebabkan oleh banyak kerja yang perlu diselesaikan aku terpaksa memnuat keputusan tidak pergi berjumpa dengannya kerana aku hendak ke Jabatan Penerangan Ipoh, Perak....untuk berjumpa dengan Pegawai Pameran iaiti En. Elya Farukh...untuk mengambil bahan-bahan yang akan aku pamerkan untuk santapan pengunjung... walaupun hatiku ketika itu berdetik untuk melawati rumah kediamannya dan sekolah tempat dia mengajar... walaupun kawan ku ingin membawaku kesana tetapi aku terpaksa memjawab biarlah kami bertemu suatu hari nanti...
Oleh yang demikian, pertemuan pada 3 Mac 2010 ini adalah pertemuan yang ditentukan oleh ALLAH S.W.T kepada 2 orang hambanya yang sudah lama ingin bersua muka dan berbual serta bermesra dengan rancaknya.. pertemuan ini berlaku semasa aku pulang dari kuliah dan berjumpa denganya.....aku terpandang dengan wajah muka nya yang berseri yang lama sudah tidak ku tatapi...senyumannya yang membuatku bersemangat kembali untuk menghampirinya.... seyumannya juga membuatkan diriku berpotensi untuk aku membuat dan menyiapkan asgment yang terlalu banyak dari sem lepas..... keharidanya pada ketika itu, membuatkan aku..bertenaga kembali....
aku melihatnya dari jauh.... terus aku menghanpirinya...aku bersalam dengannya dan aku mencium tangan nya terus aku berpelukan dengannya... untuk melepaskan rinduku pada nya yang sudah lama tidak bersua muka dan kerana mengejar hal-hal keduniaan...
orang yang aku maksudkan ini ialah...SITI NORLIAZAINI BINTI YAHI.....
kakak ku yang sulong....yang kini berada di sekolah hulu kinta IPOH PERAK.. yang sedang praktikum.....yang banyak membantu dan mengajar ku erti kehidupan dan kasih sayang... selepas umi dan ayah.....aku amat mengasihimu kak long...
Posted by farhah at 12:21 AM 0 comments
Wednesday, February 10, 2010
Monday, February 8, 2010
Thursday, January 28, 2010
Nurfarhah_fadhillah@yahoo.com
SEMESTER 2/2010 | 3.86
KREATIVITI DALAM SENI VISUAL
Pelbagai definisi yang di berikan oleh pujangga seni Eropah kepada kreativiti dalam seni visual iaitu kreativiti ialah menghasilkan sesuatu yang baru. Dalam Kamus Dewan (1993) memberikan maksud kreativiti ialah sebagai satu kemampuan (kebolehan) memcipta daya kreativiti dan kekreatifan seseorang. Beberapa orang pujangga telah memberikan maksud kepada kreativit, antaranya seperti:
1. Viktor Lowenfeld
2. Gilchrist
3. Paul Torrance
4. June King Mcfee
5. Guilford
6. Gowen
7. Leonard
8. Calvin W.Taylor
Viktor Lowenfeld
• Pada tahun 1975 iaitu memberi maksud kreativiti adalah satu naluri (semulajadi ) sejak lahir lagi yang bdimiliki oleh setiap orang.
• Selain itu, naluri adalah satu factor utama yang digunakan untuk menyelesaikan atau membuat pertanyaan tentang masalah kehidupan.
• Ia juga boleh diketogorikan sebagai keinginan seseorang yang merupakan asas yang mendorong seseorang untuk menyelidik dan meneroka sesuatu, tanpa naluri seseorang tidak akan bertindak.
Gilchrist
• Beliau menyata perkataan kreativiti adalah keupayaan menghasilkan sesuatu yang beru dan bernilai sama ada maujud ataupun tidak
Paul Torrance
• Perkataan kreativiti menrupakan proses seseorang menjadi peka pada masalah kekurangan, jurang pengetahuan, unsur-unsur yang hilang , ketidakhormatan dan sebagainya.
June King Mcfee
• Menyayakan bahawa kata kreativiti dalam seni visual adalah keupayaan mencipta perlambangan dan idea yang baru bagi mengemaskini idea yang sedia ada.
• Sebagai contoh : aktiviti menyusun dan mengolah semula organisasi yang sedia ada dan mantap kepada sesuatu yang baru yang dianggap kreativiti.
Guilford
• Beliau melihat kreativiti adalah sesuatu pemikiran yang kreatif, iaiyi sebagai pemikiran yang fleksibel. Sebagai contoh, selepas dari belenggu pemikiran lama dan berusaha mencari arah pemikiran yang baru mengharapkan kepada sesuatu yang unik dan asli.
Salah satu daripada tanggungjawab sebagai seorang guru pendidikan seni adalah untuk memupuk kreativiti di kalangan pelajar- pelajar. Dengan dorongan dan sokongan, pihak sekolah cuba memberi murid-murid galangan dan sokongan supaya murid-murid lebih kreatif dan inovatif.
• “Dalam pendidikan , murid-murid tidak hanya menerima pengetahuan semata-mata, tetapi mereka seharusnya dapat dengan jelas , objektif, kreatif , rasional dalam semua situasi.”
Kreativiti penting kepada generasi sekarang dan adalah salah satu unsur diberi penekanan dalam mencapai wawasan 2020.
Individu mempunyai kebolehan “kreatif” biasanya mempunyai perasaan istimewa dan eksklusif kerana individu itu dianggap mempunyai kualiti sejati yang garang dijumpai.
Kualiti yang istimewa inilah yang membezakan individu daripada kumpulan majority yang kurang kreatif lazimnya tidak memaparkan secara langsung apa yang dialami, mungkin dia menggunakan metafora dan analogi.
Seorang yang kreatif harus mencari dan meningkatkan kesedaran, mengenalpasti sesuatu, menginterprestasi bagi membentuk atau menukarkan imej yang baru.
Pandangan timbang memungkinkan berlaku sesuatu yang baru adalah asas stuktur penciptaan kreatif.
Pemikiran seimbang memerlukan penggunaan otak kiri (perkataan) manakal otak kanan pula (imej), ia boleh berubah dari kiri ke kanan, dan dari kanan ke kiri.
Oleh itu, pembelajaran dan pengalaman melalui aktiviti seni amat penting dalam usaha mempertingkatkan daya kreatif seseorang.
SEJARAH KAJIAN KREATIVITI.
1) GOWAN(1972)
Pada tahun 1972, Gowan menketogorikan Pada tahun 1972, Gowan menketogorikan teori kreativiti kepada lima kategori umum dan mengelaskan teori-toeri kepada kontinum bersifat rasional-psikedelik.
Kategori tersebut ialah:
1) Kreativiti sebagai teori-teori kognitif, rasional, dan semantic seperti diwakili oleh Osborne (1957) dan Guilford (1967).
2) Kreativiti sebagai teori-teori peribadi dan persekitaran yang relatif seperti mengasuh anak-anak.
3) Daripada sudut kesihatan mental yang diutarakan oleh Maslow (1959).
4) Kreativiti sebagai psikanalisis Freud yang berkaitan dengan konflik dan keseronokan.
5) Kreativiti sebagai teori-teori psikedelik yang mengutamakan factor-faktor “kewujudan atau eksistensial” dan tidak rasional.
2) LEONARD(1994)
• Terbahagi kepada 4 kreativiti :
1) Kreativiti dikaitkan dengan potensi untuk mencapai kreativiti, dengan kita lihat kreativiti sebagai satu set ciri-ciri individu dikenali sebagai potensi, mudahnya ia merujuk kepada peribadi seseorang.
2) Kreativiti menunjukkan satu proses daripada kita peroleh hasil (tingkah laku).
3) Kreativiti merujuk kepada hasil akhirnya, terletak pada hasil bukan terletak pada orang iaitu melihat pada produk.
4) Kreativiti juga berkaitan dengan keadaan persekitaran yang sesuai dan kreatif disebut sebagai press.
TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI.
Seseorng guru perlulah mengetahui dan menyedari akan tahap perkembangan kreativiti dalam konteks pembelajaran dan pengajaran pendidikan seni.
Melalui pengetahuan ini dapat membantu para pendidik seni merancang pelajaran dan aktiviti secara tersusun dan berkesan. Terdapat 3 teori yang dikengemukakan oleh tokoh-tokoh yang berhubung dengan kreativitui iaitu :
1) Victor Lowenfeld
2) Calvin W.Taylor
3) E.Paul Torrance
TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI
1) VIKTOR LOWENFELD (1975)
• Dikatakan adalah satu naluri semuljadi yang lahir dan yang dimiliki oleh setiap manusia sejak lahir lagi.
• Naluri adalah factor utama yang digunakan untuk menyelesaikan atau membuat penyataan masalah kehidupan.
• Keinginan asas mendorong seseorang untuk menyelidik dan meneroka sesuatu.
• Tanpa naluri atau keinginan, seseorang manusia itu tidak akan bertindak.
• Kreativiti juga memberi penekanan kepada kebolehan manusia menggunakan teknik , bagi mengolah bahan, madia dan alat yang akan digunakan.
• Beliau juga menghasilkan 3 tahap proses kreativiti iaitu : - 1) kefahaman
2) kelancaran idea
3) proses kreativiti
• Oleh itu, guru seorang pendidik dan pembimbing murid-murid perlu berperanan dalam usaha memupuk kreativiti murid-murid kerana :
1) Manusia suka belajar dengan kaedah kreatif iaitu kegiatan kreatif berorentasikan penerokaan.
2) Dapat meningkatkan proses kreativiti murid bagi mempertingkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup sebuah Negara.
3) Dapat mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui perkembanganpotensi individu secara menyeluruh dan membentuk insan yang seimbang dari segi emosi, rohani, jasmani dan intelek.
4) Dapat membentuk warganegara yang berilmu pengetahuan, mencapai kesejahteraan diri, memberi sumbangan kepada masyarakat dan Negara.
5) Selain itu dapat mencapai pendidikan seni dan seterusnya dapat membentuk warganegara yang berbudaya, imaginative, kreatif, berpengatahuan seni dan peka kepada estetika.
6) Dapat menyimbangkan seni dan kesempurnaan dalam urusan hidup dan alam sekeliling menghargai warisan dan budaya.
7) Dapat melahirkan imaginasi, kratif, dan pengetahuan, peka kepada estetika, memupuk nilai keindahan, selesa, keamanan dan kesejahteraan.
8) Dapat membuat penyelesaian kepada persekitaran dan kedua-duanya.
9) Selain itu, seklolah dapat membantu muroid-murid mencapai penyempurnaan kendiri.
10) Merancang pendekatan yang sesuai dan mengambil kira toeri perkembangan dan teori pembelajaran.
2) CALVIN W. TAYLOR (1976)
• Beliau merupakan seorang pengkaji psikologi yang terkenal.
• Dilahirkan pada 23 mei 1915 dan beliau meninggal dunia pada tahun 28/april/2000
• Memperoleh Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana daripada Universiti Of Utah sebelum meneruskan pngajian doctor falsafah di Universiti Of Chicago.
• Keterampilan dan ketokohan beliau terserlah sehingga dilantik sebagai Profeser Psikologi di Universiti Of Utah.
• Beliau memperkenalkan dan mengimplementasikan Pendekatan Pembelajaran, Kepelbagaian Kebolehan Kreatif Pelbagai.
Jom kita tinjau dahulu idea pemikiran Taylor…
Katanya tidak semua tuhan menyurniakan bakat yang sama.
Tidak berbakat dengan bidang ini, tetapi ia munking berbakat dalam bidang yang lain.
Taylor mengambil asas daripada stuktur Guilford dari Model Intelek
Dapati ujian tapika mampu mengukur lebih <10% daripada semua bakat yang ada pada individu.
Taylor mencadangkan kepelbagaian bakat harus dinilai oleh guru dalam bilik darjah, dalam usaha mengenal pasti lebih ramai murid yang berbakat besar dalam pelbagai bidang.
Terdapat 9 jenis bidang bagi membentuk merid-murid kreatif dan inovatif, ia meliputi :
1) Akademik
2) Pemikiran bernas
3) Kebolehan berkomunikasi
4) Implementasi
5) Hubungan sesame manusia
6) Pembuat keputusan
7) Peluang menyerlah
8) Kemahiran meramal
9) Perancangan
Selain itu, Taylor juga mengelompokkan kreativiti kepada 3 kategori :
1) Punca reaksi yang menyatakan seseorang individu dibentuk oleh kuasa luar kawalan dan tanggungjawab.
2) Asal-usul interaksi, iaitu asal-usul interaksi antara seseorang yang terkawal secara mendalam dan tanggungjawab dengan kuasa-kuasa luar kawalan.
3) Punca transaksi melibatkan tingkah laku terarah yang mana mempunyai kawalan dan tanggungjawab.
Terdapat 5 jenis kreativiti yang berbeza dari segi proses :
1) Kreativiti ekspesif – berlaku secara bebas, keaslian dan kualiti tidak penting sebagai contoh: aktiviti meniup warna atas kertas menggunakan staw.
2) Kreativiti teknikal – kecekapan menghasilkan sesuatu produk . sebagai contoh, pembuatan biola.
3) Kreativiti iventf – reka cipta baru, contoh, ciptaan telefon bimbit /tulis novel.
4) Kreativiti inovatif – kefahaman dan modifikasi andaian asas dan prinsip-prinsip dengan pendekatan alternative. Sebagai contoh, reka cipta kad pintar yang mepunyai pelbagai maklumat daripada maklumat daripada kad biasa yang elektronik.
5) Kreativiti emergenatif – kreativiti yang kompleks dan bentuk yang jarang berlaku yang boleh guna kepada perubahan prisip dan diperingkat abstrak. Sebagai contoh, kreativiti pada Einstein, Freud, dan Picasso.
Kesan positif yang diperoleh…..
Bakat baru dalam diri dicungkil, dapat didedahkan.
Ini dapat memudahkan seorang guru menyelesaikan kaedah pengajaran dengan berdasarkan minat, kebolehan dan sahsiah murid
Taylor berpendapat, melalui aplikasi ini, yang dahulunya murid lemah pada peringkat bakat tradisi muncul sehingga peringkat pertengahan dalam sesetengah kebolehan
Hampir semua murid mendapat pengalaman, seandainya guru berinsiatif memberikan peluang kepada murid-murid kepada murid muncul dan menunjukkan kebolehan dalam bidang yang lebih kerap.
Lebih kurang 1 per 3 daripada murid dapat dikenal pasti sebagai kebolehan besar dalam sekurangnya 1 kemahiran.
HARAPAN TAYLOR
Pendekatan ini dapat memberi motivasi yang tinggi kepada murid-murid dan mebolehkan pembangunan potensi sumber manusia yang lebih baik.
Pelajar boleh belajar secara mendalam mengenai diri sendiri dan boleh memilih aktiviti yang dapat mempamerkan bakat individu.
Murid yang boleh membezakan sesuatu kursus yang membawa kepada kesedaran kendiri yang lebih optimum dan produktivif.
Taylor juga membantu dengan system pemilihan dalam program NSF Gradute Fellowship
Taylor juga pengasas:
Institute for Behavioral Research in Creativiti (IBRIC) and mengarahkan 19 bengkel kreativiti musim panas kepada guru-guru di Utah.
Mengikut Taylor dalam Glenn Mayer Balir terjemahan Noran Fauziah (1991), “idea yang asli dapat mencipta perkara yang baru, dan imaginasi tidak lagi difikirkan sebagai kegiatan intelek luar biasa yang dikatakan dapat dibuat oleh segelintir manusia yang berotak geliga.
3) E.PAUL TORRANCE
• Beliau dilahirkan pada tahun 1915, di Georgia, Amerika
• Beliau berkhidmat di Universiti Minnesota, telah membina ujian –ujian kreativiti Minnesota, yang mengandungi banyak soalan yang boleh dihitung markahnya bagi menentukan kelancaran, fleksibaliti dan keaslian.
• Kelancaran – iaitu jumlah gerak balas yang sesuai.
• Fleksibaliti – iaitu jumlah gerak balas yang berbeza kategorinya.
• Keaslian – iaitu jumlah gerak balas.
• Fleksibaliti – iaitu jumlah gerak balas yang berbeza kategorinya.
• Keaslian – iaitu betapa luar biasa gerak balas-gerak balas dan akhir sekali bagi menentukan penghuraian yang dilihat daripada idea-idea yang berbeza serta berbagai butir-butir digunakan bagi menerangkan 1 idea.
Selain itu beliau juga menyatakan murid-murid yang kreatif belajar melalui 7 perkara iaitu :
1) Penyoalan
2) Pemerhati
3) Penemuan
4) Percubaan
5) Penerokaan
6) Memanipulasikan
7) Semasa aktiviti dijalankan
PENYOALAN
• Mencari jawapan sesuatu perkara yang tidak diketahui tetapi ingin diketahui.
• Penyoalan boleh terjadi dalam diri/dengan pihak lain.
• Jenis penyoalan dikemukakan dalam bentuk tertutup/bercapah.
• Guru perlu tahu, kesesuaian soalan yang akan ditanya kepada kanak-kanak ini daripada segi tahap umur, pemeringkatan soalan, dan kesan soalan itu kepada kanak-kanak itu.
• Misalnya, sebelum memulakan lakaran tentang perspektif , beberapa boleh dikemukakan seperti, apakah perpezaan dari segi pandangan kita apabila berada di tempat tinggi, sederhana, dan rendah?????????????????
• Diakhir pengajaran, guru mesti menyoal semula murid-murid akan apa yang telah di pelajari tadi.
PEMERHATIAN
• Pemerhatian yang berfokus dapat meningkatkan kreativiti seseorang.
• Pemerhatian dapat melatih pengamatan kita kepada 1 perkara.
• Sebagai contoh, sebelum penghasilan produk logam.
• Murid-murid ditunjukkan contoh-contoh logam yang telah dibuatkan oleh pelajar-pelajar yang lepas.
• Melalui pemerhatian ini, murid-murid diminta membuat pengamatan menggunakan pelbagai deria. Sebagai contoh, sentuhan dan penglihatan.
• Seterusnya murid berbincang dengan guru bagi mengolah idea mereka sebelum memulakan aktiviti seni.
• Melalui deria penglihatan, murid-murid diminta mengaplikasikan bagaiman hal benda diolah menjadi motif yang dikehendaki. Contoh, buah labu.
• Murid-murid perlu mengubah objek menjadi rujukan.
PENEMUAN
• Penemuan memberikan rangsangan kepada pelajar-pelajar menjadi lebih kreatif.
• Dalam usaha menemukan sesuatu yang baru, murid-murid perlu mencari 1 kelainan, hasil daripada penerokaan, pemerhatian dan percubaan. Sebagai contoh, lawatan kegua-gua dapat penemuan seperti keindahan landskap dan kehidupan dalam gua tersebut.
PERCUBAAN
• Melibatkan eksperimentasi murid-murid tindakan spontan dan kesalahan semasa pembelajaran.
• Sebagai contoh, penghasilan seramik dapat memberi peluang kepada murid-murid mencuba dan melihat hasil pada seramik.
• Percubaan dapat memberi pengalaman estetika semasa penghasilan produk. Ini penting kerana, melalui pengalaman murid-murid dapat menghasilkan seramik dengan baik daripada sebelumnya.
• Secara tidak langsung melalui percubaan demi percubaan dapat mendidk seseorang murid itu erti kesabaran.
PENEROKAAN
• Penerokaan bermaksud mencari sesuatu perkara, mendalami sesuatu yang baru.
• Sbagai contoh, mendalami dan mencari penemuan baru.
• Penerokaan ini boleh berlaku dalam/ luar bilik darjah.
• Contohnya, melalui pengajaran dan pembelajaran kolaj, murid-murid digalakkan mencari bahan-bahan yang terbuang. Pelbagai bahan tadi di gabungkan untuk menghasilkan kolaj yang unik dan menarik.
MEMANIPULASIKAN
• Memanipulasikan membawa maksud kepekanan pada pesekitaran yang perlu digalakkan.
• Contohnya, murid-murid perlu peka pada persekitaran supaya dapat memanipulasikan objek di sekeliling mereka menjadi suatu bahan seni.
• Murid-murid secara kratif boleh memanipulasikan bahan, ruang, cahaya dan sebagainya untuk diaplikasikan dalam karya mereka.
• Guru juga boleh memberi peluang kepada murid-murid bagi menggembangkan bakat murid-murid tersebut.
• Guru perlu mencipta kumpulan dikalangan murid-murid, kemudian meminta menggunakan bahan yang terbuang untuk dijadikan sesuatu bahan yang baru, yamg boleh digunakan semula.
• Secara tidak langsung kreativiti murid akan berkembang dan dapat mencipta sesuatu yang baru.
• Melalui pendidikan seni, guru dapat menjana minda murid-murid untuk berfikir secara logic. Bahan yang terbuang dapat digunakan semula, dapat mengelakkan pencemaran alam sekitar secara berleluasa dan pembaziran.
SEMASA AKTIVITI DIJALANKAN
• Guru mencadangkan sesuatu cara yang terbaik memupuk kreativiti murid-murid iaitu dengan memberi kepercayaan penuh bagi murid-murid menonjolkan bakat mereka dengan pelbagai suasana. Ini bertujuan untuk mewujudkan suasana yang ceria dan harmonis dalam kelas dan tidak mengongkong murid-murid bagi menghasilkan karya.
• Ini dapat memberikan keseronokan dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
Posted by farhah at 8:30 PM 0 comments
Labels: KREATIVITI...
Friday, January 22, 2010
Tuesday, January 19, 2010
KREATIVITI DALAM SENI VISUAL MEMBERI MAKSUD IAITU MENGHASILKAN SESUATU YANG BARU MANAKALA DALAM KAMUS DEWAN BAHASA PADA TAHUN (1993) MEMBERI MAKSUD KREATIVITI SEBAGAI SATU KEMAMPUAN (KEBOLEHAN), MENCIPTA DAYA KREATIVITI, DAN KEKREATIFAN YANG MENDALAM.
Posted by farhah at 7:13 AM 0 comments
Labels: KREATIVITI...
KREATIVITI...
pELBAGAI MAKSUD YANG DI BERIKAN DALAM MEMPERKEMBANGKAN LAGI TEORI KREATIVITIN DALAM SENI VISUAL....
SEBAGAI CONTOH KREATIVITI BANYAK YANG DI BERI MAKSUD OLEH TOKOH-TOKOH PUJANGGA DARI EROPAH ... SEBAGAI CONTOH... VIKTOR LOWENFELD, GILCHRIST, PAUL TORRANCE, JUNE KING MC FEE, GUILFORD,TAYLOR DAN E. PAUL TORRANCE. DAN SEBAGAINYA..
Posted by farhah at 6:23 AM 0 comments
Labels: KREATIVITI...
Thursday, January 14, 2010
http://1.bp.blogspot.com/_M79IizPQA0Q/SwlJ43lWQLI/AAAAAAAAB8k/2zE0hm3rd_E/s640/red+rose+flowers.JPG
Posted by farhah at 12:12 AM 0 comments
Sungguh-Sungguh di (dalam) hati ada suatu kesedihan
yang tidak bisa dipindahkan kecuali dengan kebahagiaan
pengetahuan Allah dan menjadi benar kepadaNya
Dan di dalamnya ada suatu kehampaan yang tidak bisa diisi
kecuali dengan cinta untuk Nya dan dengan berbalik ke padaNya
dan selalu ingat kepadaNya
Posted by farhah at 12:11 AM 0 comments
Labels: MUATIARA KATA
perbezaan antara mereka yang berjaya dengan yang lain bukanlah kerana kekurangan kekuatan atau ilmu, tetapi lebih kepada kekurangan kesungguhan dan kemahuan
Posted by farhah at 12:04 AM 0 comments
Monday, January 11, 2010
Seni
Untuk menjawab dari manakah sebuah karya dikatakan seni dan untuk menjawab bahwa foto adalah seni adalah dengan kita mengetahui dahulu definisi dari seni itu sendiri yang tertulis melalui banyak tulisan, seperti :
Seni menurut Buku Pegangan pendidikan seni rupa , karangan DHARMAWAN , penerbit AMICO , hal 2 , seni adalah "...........Lewat karya seni yang dibuatnya , seorang seniman menyatakan keberadaanya, mengungkapkan jiwannya dan emosinya serta pengalamannya dan penghayatan estetisnya; lewat karya seni seorang seniman bercerita tentang pandangan hidupnya, cita-cita, watak, dan karakternya, serta suka duka atau rindu dendamnya dan sebagainya. Jadi jelasnya karya seni berfungsi sebagai media ekspresi bagi pembuatnya................",
Seni menurut Buku Aesthetics, karangan Egune Vernon , terjemahan W.H.Armstrong, London, hal 89 "Art is the manifestation of emotion obtaining external interpretation.....",
Seni menurut Dadan Suwarna dalam artikel Ekspresi seni dan wilayah subyektifitas , Oleh Dadan Suwarna, Kompas 18 Juli 1999, Hal 5 "Seni sendiri lebih banyak berbicara tentang pengekspresian seniman terhadap sekelumit persoalan kehidupannya"
catatan : definisi seni yang dicantumkan sesuai perkembangan dari teori seni pada era 19-an.
Maka jelas dari definisi-definisi diatas bahwa seni lebih bicara kepada diri manusia yang mengungkapkan dirinya kedalam karya itu, entah yang diungkapan perasaan, kebenciaan, kegembiraan, kebebasan dll... yang selanjutnya semua itu disebut ekspresi .
Posted by farhah at 6:53 PM 0 comments
Tuesday, January 5, 2010
”Hidup kamu seperti pohon kayu yang lebat buahnya dan tumbuh di tepi jalan. Walaupun dilempar dengan batu tetapi dibalasnya dengan buah.
Posted by farhah at 10:15 PM 0 comments