BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Tuesday, April 12, 2011






Sejarah

Kain Songket adalah hasil daripada tenunan benang sutera atau kapas yang ditenun bersama-sama dengan benang emas atau perak. Ia telah terkenal di Malaysia sejak abad ke 15 yang lampau. Perkataan songket berasal daripada perkataan sungkit iaitu teknik menyungkit. Industri tenunan songket ini telah berkembang pesat terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur seperti di Terengganu dan Kelantan. Bunga atau hiasan di kepala kain di tenun mengikut citarasa penenun. Corak atau ragam hias tersebut dikenali dengan nama-nama seperti tapak manggis, pucuk rebung, lawi ayam dan sebagainya.

Tenunan songket ini dilakukan sebagai industri kecil, yang mana kemahiran seseorang penenun itu mengambil masa selama enam minggu untuk menghasilkan sehelai kain songket yang panjangnya di antara 20 hingga 40 meter. Sesuatu yang mengkagumkan tentang seseorang penenun mahir ialah, dia tidak melakar corak songket di atas kertas sebelum kerja-kerja menenun dilakukan sebaliknya ia tercetus daripada daya kreativiti dan imaginasi yang tinggi lagi unik.

Motif

Motif yang digunakan untuk menenun songket diilhamkan daripada alam semulajadi. Antara motif-motif songket:

Motif Tumbuh-tumbuhan
Motif Binatang
Motif Alam/Benda
Motif Kuih

Corak

Corak kain songket lazimnya terdiri dari:

Susunan bunga penuh
Susunan bunga bertabur
Susunan bercorak

Proses Pembuatan

Secara ringkasnya proses menenun songket adalah dengan menggunakan teknik menyungkit iaitu menggunakan lidi buluh atau bilah nibung melalui benang loseng (warp) di permukaan alat tenun yang dipanggil �kek tenun�. Proses menyungkit dilakukan setelah benang �karat butang� disediakan. Benang karat butang digunakan untuk membuat reka corak atau sulaman benang emas.

Mencelup benang

Benang perlu dibersihkan sebelum dicelup ke dalam pewarna. Setelah pewarnaan dibuat benang perlu di keringkan, sebelum kerja selanjutnya dilaksanakan.

Melerai benang

Pelenting yang diperbuat daripada buluh kecil digunakan untuk melilit benang. Proses ini dilakukan dengan bantuan alat darwin dan alat pemutar rahat.

Menganeng benang

Proses membuat benang loseng yang diregang di alat penenun bagi menentukan saiz panjang atau jumlah helai kain yang akan ditenun.

Menggulung


Benang-benang yang diregang di alat menganeng (ianian) digulung dengan sekeping papan loseng.

Menyapuk benang

Setelah benang loseng dimasukkan ke dalam gigi atau sikat jentera, kerja-kerja menyapuk dilakukan. Dua urat benang loseng dikaitkan melalui setiap celah gigi jentera.

Mengarak benang

Karak dibuat daripada benang asing yang digelung. Benang loseng berangka genap dan ganjil akan diangkat turun naik secara berselang seli sewaktu menenun.

Menyongket benang

Proses mereka corak di atas benang loseng dengan menggunakan alat yang di panggil lidi dengan menyongketkan benang loseng sebanyak tiga atau lima lembar dan kemudian diikat dan dikenali sebagai proses ikat butang.

Menenun

Alat torak yang diisi dengan benang pakan atau benang emas, dimasukkan ke kiri dan kanan di celah-celah benang loseng mengikut corak yang telah ditentukan hinggalah menjadi sekeping kain. Kain yang telah siap ini dipotong mengikut saiz.

Penggunaan

Pada zaman dahulu songket melambangkan kebesaran. Raja-raja dan pembesar-pembesar istana sahaja yang bekemampuan memakainya. Kegunaannya adalah untuk membuat tanjak, samping, kain selendang dan persalinan diraja. Tetapi di zaman moden songket digunakan untuk pakaian pengantin, perhiasan dinding, beg tangan, alas meja, barang-barang cenderamata dan sebagainya mengikut keupayaan pengusaha untuk mempelbagaikannya.

Setelah sekian lama perusahaan songket berkembang di Malaysia maka kini corak songket mendapat tempat di hati para arkitek. Terdapat beberapa bangunan pencakar langit telah diterapkan dengan corak songket seperti bangunan Perpustakaan Negara Malaysia.













Pengenalan

Tenunan kain pua atau dikenali juga sebagai tenunan ikat adalah seni tenunan yang dihasilkan oleh wanita Iban di Sarawak. Ia adalah hasil tenunan daripada benang kapas yang ditenun menggunakan 'Kek Iban'. Pua Kumbu pula merupakan salah satu jenis kain pua yang popular di kalangan masyarakat Sarawak. Kain tenunan ini bewarna kemerah-merahan atau coklat tua. Rekacorak yang biasanya digunakan ialah anak kunci, lengkar, rombus atau batu berlian dan panjang kain pua ini lebih kurang 40 hingga 50 cm. Rekacorak ini dipercayai dari pengaruh kebudayaan Annam (Vietnam) dalam abad ke-17 sebelum Masihi.

Motif

Pua kumbu ditenun oleh wanita yang sudah mahir menenun kerana pua jenis ini adalah paling rumit untuk ditenun. Bagaimanapun, motif-motif itu kerap dikaitkan dengan kepercayaan dan pantang larang mereka. Antara motif-motif yang digunakan:

Motif Engkeramba

Gambaran figura roh yang dikenali sebagai engkaramba ditenun dengan teknik ikat. Motif ini dipercayai berkuasa menghalang bencana atau kuasa jahat daripada menyerang tanam-tanaman dan penghuni rumah panjang. Biasanya, motif engkeramba hanya boleh ditenun oleh anak dan isteri ketua rumah panjang sahaja. Ini adalah kerana mereka benar-benar mahir menenun cara ikat.

Motif Fauna


Pua Kumbu
Antara motif binatang yang digunakan ialah motif buaya, ular, katak, harimau dan tikus kasturi, rusa dan serangga. Motif buaya dipercayai mempunyai kuasa untuk menjaga tempat berhuma (tanaman padi). Adalah menjadi kepercayaan kaum Iban bahawa buaya adalah jelmaan saudara-mara mereka. Motif ular pula tidak ditenun dengan sewenang-wenangnya kerana binatang ini membawa petanda buruk. Kemunculan ular dikaitkan dengan kuasa jahat atau hantu. Motif katak pula ditenun dengan gaya seperti manusia. Menurut kepercayaan kaum Iban, selampai iaitu roh perempuan sering menjelma sebagai katak. Selampai dikatakan mempunyai kuasa menciptakan bayi. Motif harimau dan tikus kesturi sering dikarang dalam bentuk abstrak. Dipercayai orang yang memakai kain tenunan ini dianugerahkan keberanian. Burung pula dikatakan pembawa alamat baik. Kain yang mempunyai motif burung dipercayai boleh menyembuhkan penyakit dan mendatangkan kekayaan dalam apa pekerjaan. Motif rusa pula mendatangkan kejayaan atau tuah semasa berburu. Motif-motif serangga seperti labah-labah, kunang-kunang, kala jengking dan lipan sering dimasukkan dalam tenunan pua.

Motif Flora

Tumbuh-tumbuhan juga turut digunakan sebagai motif tenunan kain pua. Antara tumbuh-tumbuhan yang sering ditenun ialah rotan, pucuk paku, pucuk rebung, buah-buahan, biji benih dan bungha-bungaan.

Antara motif yang ditenun ialah motif bulan, awan larat, alat tenun dan sebagainya.




Motif-motif Pua Kumbu
Proses Pembuatan

Ada dua cara yang digunakan untuk menenun pua iaitu cara ikat dan cara pilih.

Cara Ikat


Kek Iban
Benang kapas yang hendak ditenun diikat pada beberapa bahagian tertentu dengan tujuan menahan pewarna daripada meresapi bahagian tersebut. Ikatan dibuat mengikut corak yang dikehendaki. Kadang-kadang proses ini dibuat beberapa kali mengikut corak dan warna yang diingini. Warna-warna yang sering digunakan adalah warna coklat tua, biru kehitaman dan merah bata. Apabila proses mewarna sudah selesai, benang-benang kapas itu dikeringkan. Setelah benang betul-betul kering barulah ikatan-ikatannya dibuka. Kemudian benang itu ditenun. Tenunan dibuat secara kosong tanpa menyelang-nyelikan benang bagi menghasilkan corak. Corak yang terhasil adalah daripada kesan proses ikat.

Cara Pilih

Benang kapas yang hendak ditenun dicelup ke dalam pewarna. Kemudian benang-benang itu dikeringkan. Setelah kering, benang-benang itu ditenun. Selain daripada benang-benang yang diwarnakan, benang kosong iaitu benang yang tidak bewarna juga digunakan. Tenunan dibuat dengan cara menyelang-nyelikan benang di atas tenunan kain dasar untuk membentuk corak kain. Dengan itu terhasillah corak-corak kain yang berbentuk timbul.



Menenun Pua Kumbu
Penggunaan

Pada zaman dahulu pua kumbu digunakan di dalam adat istana sahaja. Sekarang penggunaannya telah diubahsuai menjadi hiasan dinding, alas meja, beg dan lain-lain rekacorak yang baru.

Monday, April 11, 2011


trip ke Terengganu pada semester 4





pada hari yang sangat dan paling bahagia... aku sangat merindui saat2 macam ni... lama aku x berkumpul dengan kawan-kawan untuk meraikan kemenangan. last aku terima anugerah, masa dekan je.. tapi, masa terima sijil anugerah dekan, xda pun, makan2 ni.. hehee..
tapi, yang paling last masa sesi sekolah dulu, aku dilantik sebagai Presiden Pengawas Perempuan, Di SEKOLAH MENENGAH SULTAN YAHYA PETRA 2, KUALA KRAI..masa tu ramai ni yang jeles cz aku dapat presiden pengawas perempuan, dan penolong pengawas sekolah... aku sangat terharu dan cikgu pula memberi sepenuh kepercayaan kepada untuk memegang jawatan tersebut.. best je lau cikgu2 semua baik ng kita..tambahan pula, aku diberi tanggungjawab yang besar untuk menjadi seorang pemimpin yang berjaya dan berdisiplin.

Pengenalan

Mata pelajaran Seni Visual ini telah diperkenalkan dalam peperiksaan STPM pada tahun 2002. Majlis Peperiksaan Malaysia telah menerima maklum daripada kalangan pengubal kertas soalan, penaksir kertas soalan, pemeriksa, pensyarah universiti, guru dan calon tentang kandungan sukatan pelajaran ini. Berdasarkan maklum balas ini, Majlis Peperiksaan Malaysia telah menubuhkan jawatankuasa untuk mengemas kini sukatan pelajaran ini. Justeru, sukatan pelajaran ini telah diubah suai dan dikemas kini serta di beri wajah baru sebagai pendekatan serampah dua mata kerana diyakini sukatan pelajaran yang baru ini akan lebih memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran, dan akan menarik minta lebih ramai pelajar terhadap mata pelajaran ini agar dapat bersaing dengan mata pelajaran STPM yang lain.

Pengubahsuaian dan pengemaskinian sukatan pelajaran Seni Visualini adalah usaha berterusan yang dilakukan bagi menjamin sukatan pelajaran ini selaras dengan perkembangan terkini dalam bidang seni visual pada peringkat sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi serta keperluan alam pekerjaan. Selain pengubahansuaian terhadap tajuk dan subjek, sukatan pelajaran baru ini juga dimuatkan dengan huraian subtajuk yang lebih terperinci untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Bentuk peperiksaan dalam sukatan pelajaran yang dikemaskinikan ini juga berlainan sedikit daripada bentuk peperiksaan yang lama. Kertas-kertas yang ditawarkan ialah Kertas 1 (Teori Seni Visual), Kertas 2 (Lukisan), Kertas 3 (Projek Penghasilan Karya),dan Kertas 4 (Teori Penghasilan Karya). Kertas 1 kini dinamakan Teori Seni Visual kerna komponennya terdiri daripada Apresiasi Seni Visual dan Teori Penghasilan. Bagi Kertas 2, perubahan dilakukan dari segi media yang digunakan untuk calon untuk melukis. Dalam sukatan pelajaran baru ini hanya media kering yang digunakan. Hal ini demi memastikan kemahiaran calon dalam lukisan benar-benar terserlah. Kertas 3, dalam kerja kursus, menguji kemahiran calon untuk menghasilkan karya seni visual sama ada dalam bidang pengkaryaan atau perekaan. Bagi Kertas 4 pula, calon sekolah swasta dan calon persendirian yang mengambil kertas ini perlu mempunyai kemahiran yang benar-benar sama dengan kemahiran yang ditunjukkan oleh calon sekolah. Hal ini bermakna mereka akan disoal tentang hal-hal yang berkaitan dengan kerja-kerja kursus bagi menghasilkan karya dan rekaan. Usaha untuk mengemas kini sukatan pelajaran Seni Visual STPM ini telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Sukatan Pelajaran Seni Visual Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang dipengerusikan oleh Prof Madya Dr Mohd Mustafa bin Mohd Ghazali dari Universiti Teknologi MARA.

jawatankuasa ini dianggotai oleh beberapa orang pensyarah dari universiti tempatan, maktab perguruan dan guru- guru yang mengajar di sekolah. Sukatan pelajaran ini mula digunakan pada tahun 2005 dengan peperiksaan yang pertama pada tahun 2006. Kandungan, huraian, bentuk peperiksaan, dan soalan contoh bagi sukatan pelajaran Seni Visual STPM termuat dalam buku ini. Bagi pihak Majlis Peperiksaan Malaysia, saya merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jawatankuasa ini atas khidmat yang diberikan. Semoga usaha murni ini mencapai matlamatnya. Matlamat Matlamat sukatan pelajaran ini adalah untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran seni visual bagi membolehkan mereka. (a)Mengikuti program seni visual atau program yang berkaitan di Institusi Pengajian Tinggi, (b)Memanfaatkan pengetahuan dan kemahiran seni visual dalam kehidupan dan bidang kerjaya.

Objektif
Objektif sukatan pelajaran ini adalah untuk membolehkan pelajar (a)Memahami pengertian dan peranan seni visual dalam pembangunan daya kreativiti serta sumbangannya sebagai alat komunikasi yang berkesan, (b)Memahami cara-caramemperoleh dan mengolah idea dalam pengkaryaan dan perekaan, (c)Memahami kepentingan seni visual dalam konteks yang lebih luas yang merangkumi aspek estetik dan fungsi, khususnya dalam peningkatan mutu barangan, industri, dan kualiti kehidupan secara menyeluruh, (d)Memahami bagaimana faktor sejarah, sosial, agama, politik, dan pesekitaran mempengaruhi penghasilan karya dan reka seni visual, dan menggunakan faktor tersebut sebagai unsur pengembangan idea dalam penghasilan, (e)Memahami bahawa seni visual ialah satu bentuk komunikasi, dan meneliti secara kritis pelbagai karya dan rekaan seni visual. (f)Mengaplikasikan pendekatan penyelidikan dan penyelesaian masalah dalam proses penerokaan dan penghasilan karyadan reka seni visual, (g)Menggunakan kecekapan teknikal dalam penggunaan alat, bahan, dan teknologi, serta kaedah seni dalam penghasilan karya dan reka seni visual, (h)Mengesan, menghurai, menganalisis, menginterpretasikan, dan membuat pertimbangan secara berpengetahuan terhadap nilai estetik, makna, dan fungsi karya dan rekaan seni visual dengan menggunakan laras bahasa seni visual.

pagi yang sangat ceriaaaaaaaaa..........