kepada masalah di sekelilingnya, yang kemudiannya bertindak mencari jalan keluar dalam bentuk penghasilan. Penghasilannya yang dilakukannya adalah melalui daya kreatifnya berdasarkan keupayaan dan kehendaknya untuk mengubah sesuatu keadaan supaya lebih sempurna. Individu ini juga berupaya bertindak berdasarkan kebolehannya menyesuaikan sesuatu keadaan kepada sesuatu keadaan yang lebih baik. Pembelajaran Seni Visual, aktiviti dan apresiasinya dapat memantapkan keupayaanmembuat dan merekacipta, menjadikan individu lebih imaginatif dalam pengkaryaan dan perekaan.
Ekspresi ialah tindakbalas emosi hasil daripada interaksi atau komunikasi dengan persekitaran, orang lain,masyarakat, peristiwa dan benda. Pembelajaran Seni Visual, aktiviti dan apresiasinya dapat memantapkan pengucapan, curahan idea, gambaran pemikiran dan perasaan, menggambar, memberi makna menerusi perkataan, pergerakan, arahan dan symbol. Selain itu ia dapat memberikan kepada individu berkomunikasi idea, perasaan dan emosi.
MAKSUD EKSPRESI
Menurut Taylor (1976) menyatakan bahawa ekspresi membawa maksud pengucapan, pencurahan perasaan, rasa hati yang dilahirkan melalui tutur kata, reaksi muka, imej visual dan reaksi fizikal seperti pergerakan tangan, kaki dan badan atau keseluruhan anggota. Selain itu, ekspresi dalam seni visual akan memantapkan pengucapan idea melalui gambaran imej menerusi pemikiran perasaan dan emosi seseorang individu itu. Beliau berkata lagi, tindak balas emosi merupakan hasil daripada interaksi dengan persekitaran, antara individu dengan individu yang lain ataupun masyarakat, peristiwa atau pun benda. Ekspresi dalam membentuk komunikasi pengkarya dengan audien’s seni adalah menerusi luahan hati dan perasaan yang lahir dalam diri dan memberi pengolahan imej visual pada pengkarya seni. Sebagai contoh, perasaan marah dilahirkan oleh seniman-seniman menerusi catan yang mempunyai warna-warna panas dan sapuan berus yang kasar di atas kanvas. Ini menunjukkan perasaan yang marah atau perasaan yang kurang selesa yang membuatkan seniman tersebut mempunyai konflik dalam diri. Menerusi karya yang di hasilkan, kita dapat lihat bahawa ekspresi dalam diri seorang itu yang berada dalm keadaan baik atau sebaliknya. Oleh itu, ekspresi merupakan salah satu faktor semulajadi yang telah wujud dalam diri setiap insan. Menerusi olahan seni, karya dapat dihasilkan melalui peniruan, peniruan sepenuhnya. Selain itu, karya yang dihasilkan oleh pengkarya, mestilah menggunakan serta mengalami tiga (3) lagi jenis keativiti iaitu, kreativiti, emosi dan sensitivity selain daripada ekspresi.
Selain itu, Ekspresi juga dikatakan bahawa ia merupakan salah satu naluri. Naluri yang di maksudkan ini adalah naluri rasa, peka serta deria yang cepat. Sebagai contoh, dalam penghasilan batik songket. Dalam penghasilan karya seni tersebut, individu tersebut seharusnya telah mempunyai naluri rasa, ingin mencuba, peka serta derianya cepat. Dalam penghasilan batik songket,apabila pandai tukang itu menghasillan songket, dia seharusnya mempunyai naluri demikian untuk menghasilakan songket yang berkualiti. Ekspresi di sini menunjukkan bahawa sesuatu karya seni yang ingin dihasilkan itu seharusnya mempunyai naluri dalam diri pengkarya dalam menghasilkan songket yang baik lagi berkualiti.
Tuesday, April 12, 2011
Posted by farhah at 1:19 AM 0 comments
Bagaimana Pelajar Mampu Mengeluarkan Ekapresiasi Diri Melalui Aktiviti Pembelajaran Khususnya Dalam Seni Visual
FAKULTI SENI, KOMPUTER DAN INDUSTRI KREATIF
TUGASAN 2 :
“ BAGAIMANA PELAJAR MAMPU MENGELUARKAN EKSPRESI DIRI MELALUI AKTIVITI PEMBELAJARAN KHUSUSNYA DALAM SENI VISUAL DAN KOOPERATIF ”
NAMA : NUR FARHAH FADHILLAH BINTI YAHI
KUMPULAN : A
PROGRAM : PENDIDIKAN SENI (AT23)
KULIAH : SENI DAN PENDIDIKAN
PENSYARAH : DR. ROSKANG JAILANI
PENGENALAN PSIKOLOGI DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL
Peranan psikologi dilihat dari segi perkembangan dan pembentukan diri individu berdasarkan kepada perkembangan sensitiviti, emosi, kreativiti, dan ekspresi yang berlaku dalam diri individu melalui aktiviti seni visual.
Sensitiviti pula merupakan kepekaan dan kebolehan membuat pertimbangan dan persepsi dari segi sosial serta estetik. Pembelajaran Seni Visual, aktiviti dan apresiasinya dapat memantapkan kepekaan, sensibility (kebolehan untuk merasa dan menghayati)
Emosi ialah keupayaan melahirkan idea, rasa hati,membuat pertimbangan dan pernyataan diri. Pembelajaran Seni Visual, aktiviti dan apresiasinya dapat membangkitkan perasaan dan memantapkan sensibility, mencorak perlakuan perasaan yang semulajadi seperti rasa cinta atau rasa takut yang lahir dalam diri individu tersebut.
Kreativiti, boleh dilihat dari diri individu yang mempunyai daya kreatif. Individu ini berupaya mengubah dan mentafsir semula sesuatu benda yang ada kepada penghasilan yang lebih menarik.Individu ini sensitif kepada masalah di sekelilingnya, yang kemudiannya bertindak mencari jalan keluar dalam bentuk penghasilan. Penghasilannya yang dilakukannya adalah melalui daya kreatifnya berdasarkan keupayaan dan kehendaknya untuk mengubah sesuatu keadaan supaya lebih sempurna. Individu ini juga berupaya bertindak berdasarkan kebolehannya menyesuaikan sesuatu keadaan kepada sesuatu keadaan yang lebih baik. Pembelajaran Seni Visual, aktiviti dan apresiasinya dapat memantapkan keupayaanmembuat dan merekacipta, menjadikan individu lebih imaginatif dalam pengkaryaan dan perekaan.
Ekspresi ialah tindakbalas emosi hasil daripada interaksi atau komunikasi dengan persekitaran, orang lain,masyarakat, peristiwa dan benda. Pembelajaran Seni Visual, aktiviti dan apresiasinya dapat memantapkan pengucapan, curahan idea, gambaran pemikiran dan perasaan, menggambar, memberi makna menerusi perkataan, pergerakan, arahan dan symbol. Selain itu ia dapat memberikan kepada individu berkomunikasi idea, perasaan dan emosi.
MAKSUD EKSPRESI
Menurut Taylor (1976) menyatakan bahawa ekspresi membawa maksud pengucapan, pencurahan perasaan, rasa hati yang dilahirkan melalui tutur kata, reaksi muka, imej visual dan reaksi fizikal seperti pergerakan tangan, kaki dan badan atau keseluruhan anggota. Selain itu, ekspresi dalam seni visual akan memantapkan pengucapan idea melalui gambaran imej menerusi pemikiran perasaan dan emosi seseorang individu itu. Beliau berkata lagi, tindak balas emosi merupakan hasil daripada interaksi dengan persekitaran, antara individu dengan individu yang lain ataupun masyarakat, peristiwa atau pun benda. Ekspresi dalam membentuk komunikasi pengkarya dengan audien’s seni adalah menerusi luahan hati dan perasaan yang lahir dalam diri dan memberi pengolahan imej visual pada pengkarya seni. Sebagai contoh, perasaan marah dilahirkan oleh seniman-seniman menerusi catan yang mempunyai warna-warna panas dan sapuan berus yang kasar di atas kanvas. Ini menunjukkan perasaan yang marah atau perasaan yang kurang selesa yang membuatkan seniman tersebut mempunyai konflik dalam diri. Menerusi karya yang di hasilkan, kita dapat lihat bahawa ekspresi dalam diri seorang itu yang berada dalm keadaan baik atau sebaliknya. Oleh itu, ekspresi merupakan salah satu faktor semulajadi yang telah wujud dalam diri setiap insan. Menerusi olahan seni, karya dapat dihasilkan melalui peniruan, peniruan sepenuhnya. Selain itu, karya yang dihasilkan oleh pengkarya, mestilah menggunakan serta mengalami tiga (3) lagi jenis keativiti iaitu, kreativiti, emosi dan sensitivity selain daripada ekspresi.
Selain itu, Ekspresi juga dikatakan bahawa ia merupakan salah satu naluri. Naluri yang di maksudkan ini adalah naluri rasa, peka serta deria yang cepat. Sebagai contoh, dalam penghasilan batik songket. Dalam penghasilan karya seni tersebut, individu tersebut seharusnya telah mempunyai naluri rasa, ingin mencuba, peka serta derianya cepat. Dalam penghasilan batik songket,apabila pandai tukang itu menghasillan songket, dia seharusnya mempunyai naluri demikian untuk menghasilakan songket yang berkualiti. Ekspresi di sini menunjukkan bahawa sesuatu karya seni yang ingin dihasilkan itu seharusnya mempunyai naluri dalam diri pengkarya dalam menghasilkan songket yang baik lagi berkualiti.
PENDEKATAN SEJARAH SENI VISUAL BERKAIT DENGAN EKSPRESI PELAJAR.
Seni adalah suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang dianggap indah. Seni memenuhi keperluan-keperluan naluri estetik dan fizikal manusia yang dipengaruhi oleh faktor-faktor keagamaan, kebudayaan, ruang, masa dan keadaan yang tertentu. Hal ini telah melahirkan kepelbagaian pengertian seni seperti tradisi, moden dan pascamoden, mengikut zaman dan masyarakat yang tertentu. Penghayatan dan penghargaan terhadap seni lazimnya mengambil kira aspek-aspek formal, makna dan konteks penghasilan sesuatu karya. Seni juga mempunyai pelbagai peranan yang bersifat psikologi dan sosiologi.
Secara umum, seni berkaitan dengan hal-hal mengenai keindahan atau estetika yang merangkumi aspek-aspek jasmani dan kerohanian individu mahupun masyarakat. Seni ditakrifkan sebagai suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang dianggap indah, terutamanya dalam bentuk visual (Hornby, 1974: 43). Seni juga disifatkan sebagai suatu kegiatan atau proses penciptaan yang memerlukan kemahiran serta pengetahuan untuk melahirkan idea dalam bentuk yang nyata (Martin, 1986: 12). Hauser berpendapat, seni adalah komunikasi (1959). Herbert Read pula menjelaskan bahawa seni adalah penciptaan bentuk-bentuk yang menyenangkan. Seni adalah penjelmaan rasa estetika (1959: 16).
PELAJAR MAMPU MENGELUARKAN EKSPRESI DIRI MELALUI AKTIVITI PEMBELAJARAN DALAM SENI VISUAL.
1) CURAHAN IDEA ATAU PENGOLAHAN IDEA DALAM SESEBUAH KARYA
Dalam penghasilan karya yang baik, idea yang di hasilkan merupakan titik-tolak sesuatu imej yang akan di ambil kira dalam penghasilan seni. Tanpa imej tiadalah objek yang akan menjadi subjek utama. Sebuah karya yang di hasilkan itu, mempunyai perbezaan antara satu sama lain, penghasilan yang objek atau corak yang baik akan menghasilkan imej yang tinggi nilainya kerana tidak menciplak hak orang lain. Selain itu, curahan idea hasil daripada idea semulajadi merupaka salah satu faktor yang memyebabkan seseorang pelajar itu menggunakan ekspresi dalam dirinya untuk menghasilkan sebuah karya.
Sebagai contoh, dalam penghasilan batik yang bertemakan motif flora iaitu alam semulajadi seperti bunga. Kita dapat melihat gambar tersebut di bawah.
Gambar A
Gambar B
2) ANALISASI TERHADAP KARYA SENI
Selain itu, analisa juga perlu dibuat bagi memantapkan lagi sesuatu penghasilan karya seni. Apabila seseorang menghasilkan sesuatu karya seni dengan mencurah dan pengolahan idea yang baik. Seseorang itu, perlulah membuat analisa tentang objek yang akan dijadikan subjek atau corak utama dalam penghasilan karyanya. Sebagai contoh, kita dapat lihat rajah 1 di atas merupakan objek pilihan pelajar tersebut, maka pelajar itu sendiri perlulah membuat analisa untuk menjadikan objek utama dalam karyanya. Jika pelajar itu, memilih gambar A sebagai objek yang akan di oleh olehnya, maka objek A tersebut merupakan objek utama dalam penghasilan karyanya sebelum beliau mengembangkan lagi imej tersebut.
Analisasi yang telah dibuat itu, merupakan salah satu langkah bagi memperoleh hasil seni yang baik. Ini merupakan salah satu ekspresi yang lahir dalam diri individu tersebut semasa memilih objek utama dalam karyanya. Ekspresi yang timbul merupakan sesuatu yang tidak dapat dipisahkan apabila individu itu berkarya.
3) PENCURAHAN PERASAAN TERHADAP KARYA SENI.
Jika di atas kita membincangkan curahan idea, tetapi curahan perasaan juga timbul apabila seseorang pengkarya menghasilkan karya seni dengan menggunakan perasaan 100 peratus (100%). Sebagai contoh, kita dapat lihat melalui penghasilan catan. Seseorang pelajar yang menghasilkan catan, yang memberi kesan sedih, marah, suram, seram dan sebagainya, mereka sebenarnya bermain dengan perasaan naluri, hati mereka sendiri. Pelajar tersebut telah dikuasai oleh ekspresi perasaan diri mereka sendiri. Selalunya karya yang kita lihat itu, merupakan salah satu luahan perasaan yang telah dialami oleh pelajar itu sendiri. Maka dengan ini, pelajar mampu mengolah serta meluahkan perasaan mereka melalui contengan serta penggunaan warn ayang tebal dan nipis, serta garisan-garisan yang dihasilkan mengikut kehendak diri mereka sendiri. selain itu, kesan warna tebal, menunjukkan kepada ketegasan, perasaan marah serta mungkintidak perasaan yang seram. Melalui penghasilan karya, pelajar tersebut mampu meluahkan ekspresi diri mereka melalui penghasilan karya yang dihasilkan. sebagai contoh karya di sebelah.
Gambar A Gambar B
(kesengsaraan/sedih) (serabut)
Gambar C Gambar D
(ketegasan ) (kelembutan/ ketenangan)
Seni dalam pendidikan menyediakan matlamat yang menarik dengan memberpeluang kepada pelajar untuk menemui potensi ekspresif diri melalui perkataan, bunyi, pergerakan dan visual mereka. Bahasa-bahasa simbol digunakan untuk membuat eskpresi dalam aktiviti-aktiviti seni. Ini membantu pelajar-pelajar untuk merasa, menyentuh, dan mendengar serta melihat secara langsung dunia mereka dengan cara tersendiri. Selain itu, pelajar-pelajar dapat meluahkan pandangan mereka dengan cara yang seakan-akan sama dengan apa yang dialami dan difahami oleh orang lain.
Media-media ekspresi boleh dilihat dalam bentuk catan, tubuh badan, suara atau bunyi. Apabila ia digabungkan secara harmoni, ekspresi yang terhasilmenjadi estetik.
BENTUK EKSPRESI
Bentuk-bentuk ekspresi yang terdapat dalam diri seorang pelajar yang lahir dalam diri dalam menjalani aktiviti pembelajaran dalam pendidikan seni visual. Iaitu,
a)Perasaan
b)Lisan
c)Reaksi
d)Emosi
e)Bukan
f)Idea
g)Menggambarkan
h)Menghasilkan
UNSUR PERASAAN DALAM EKSPRESI
Reaksi badan terhadap rangsangan yang ia tidak bersedia menghadapinya atau yang memberikan sumber manfaat dan kerugian yang mungkin kepada seseorang ibu bapa dan guru yang menjadi model, penguatkuasa dan penilai terhadap pembentukan tingkah laku. Oleh itu, ekspresi yang ditunjukkan oleh ibu bapa serta guru sangat rapat dengan persekitaran pelajar di sekolah dan dirumah. Oleh yang demikian, kedua-dua pihak perlulah menjadi role model kepada pelajar dan anak-anak agar ekspresi dalam dirinya itu merupakan ekspresi yang positif.
MODEL PEMPELAJARAN KOOPERATIF
Seorang guru selalunya tertarik untuk menerapkan model pembelajaran kooperatif, mendeskripsikan apa itu pembelajaran kooperatif dan contoh aplikasinya dalam rencana pelaksanaan pembelajaran (RPP) yang sesuai dengan standard isi dalam konsep pembelajaran dan pengajaran. Model Pembelajaran Kooperatif ditandai dengan adanya struktur tugas, struktur tujuan, dan struktur penghargaan (Arends, 1997: 110-111).
a)Struktur tugas mengacu pada cara pengaturan pembelajaran dan jenis kegiatan siswa dalam kelas
b)Struktur tujuan, iaitu sejumlah kebutuhan yang ingin dicapai oleh pelajar dan guru pada akhir pembelajaran atau saat pelajar menyelesaikan pekerjaannya. Terdapat tiga stuktur iaitu:
1) Struktur tujuan individualistik, iaitu tujuan yang dicapai oleh seorang pelajar secara individual tidak memiliki konsekuensi terhadap pencapaian tujuan pelajar yang lain.
2) Struktur tujuan kompetitif, iaitu seorang pelajar dapat mencapai tujuan sedangkan pelajar lain tidak mencapai tujuan tersebut.
3) Struktur tujuan kooperatif, iaitu pelajar secara bersama-sama mencapai tujuan, setiap individu mempunyai pengetahuan dalam pencapaian tujuan.
4) Struktur penghargaan kooperatif, yaitu penghargaan yang diberikan pada kelompok jika keberhasilan kelompok sebagai akibat keberhasilan bersama anggota kelompok.
PENGERTIAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF
Eggen dan Kauchak (1993: 319) mendefinisikan pembelajaran kooperatif sebagai sekumpulan strategi mengajar yang digunakan oleh guru agar pelajar-pelajar saling membantu dalam mempelajari sesuatu. Oleh kerana itu belajar kooperatif ini juga dinamakan “belajar teman sebaya.”
Menurut Slavin (1997), pembelajaran kooperatif, merupakan metode pembelajaran dengan pelajar yang bekerja dalam kelompok yang memiliki kemampuan heterogen.
Pembelajaran kooperatif atau cooperative learning mengacu pada metode pengajaran, pelajar belajar bersama dalam kelompok kecil saling membantu dalam belajar (Nur dan Wikandari, 2000:25). Selain itu, Model Pembelajaran Kooperatif dikembangkan untuk mencapai setidak-tidaknya tiga tujuan penting pembelajaran, iaitu hasil belajar akademik, penerimaan terhadap keragaman, dan pengembangan keterampilan sosial (Ibrahim, dkk, 2000:7).
Pendapat setara menyebutkan bahwa pembelajaran kooperatif dapat digunakan untuk mengajarkan materi yang agak kompleks, membantu mencapai tujuan pembelajaran yang berdimensi sosial, dan hubungan antara manusia. Belajar secara kooperatif dikembangkan berdasarkan teori belajar kognitif konstruktivis dan teori belajar sosial (Kardi dan Nur, 2000:15).
CIRI-CIRI PEMBELAJARAN KOOPERATIF.
Menurut Arends (1997: 111), pembelajaran yang menggunakan model kooperatif memiliki ciri-ciri sebagai berikut:
1) Pelajar bekerja dalam kelompok secara kooperatif untuk menyelesaikan materi belajar.
2) Kelompok dibentuk dari pelajar yang memiliki kemampuan tinggi, sederhana dan rendah.
3) Anggota kumpulan berasal dari ras, budaya, suku, jenis kelamin yang berbeza-beza.
4) penghargaan lebih berorientasi pada individu.
LANGKAH-LANGKAH PEMBELAJARAN KOOPERATIF.
Pembelajaran kooperatif dilaksanakan mengikuti tahap-tahap sebagai berikut
(Ibrahim, M., dkk., 2000: 10)
1) Menyampaikan tujuan pembelajaran dan perlengkapan pembelajaran.
2) Menyampaikan informasi.
3) Mengorganisasikan pelajar ke dalam kumpulan belajar.
4) Membantu pelajar belajar dan bekerja dalam kelompok.
5) Evaluasi atau memberikan penghargaan balik.
6) Memberikan penghargaan.
TUJUAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF.
Model pembelajaran kooperatif dikembangkan untuk mencapai matlamat iaitu:
1) Meskipun pembelajaran kooperatif meliputi pelbagai tujuan sosial, tetapi juga ia bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan pemahaman dalam tugas tugas akademik. Beberapa ahli berpendapat bahawa model ini unggul dalam membantu siswa memahami konsep konsep yang sulit. Model struktur penghargaan kooperatif juga telah dapat meningkatkan penilaian pelajar pada belajar akademik dan perubahan norma yang berhubungan dengan hasil belajar.
2) Penerimaan yang luas terhadap orang yang berbeza menurut ras, budaya, kelas sosial, kemampuan, mahupun ketidakmampuan. Pembelajaran kooperatif memberikan peluang kepada pelajar yang berbeza latarbelakang dan kondisi untuk bekerja saling bergantung satu sama lain atas tugas -tugas bersama, dan melalui penggunaan struktur penghargaan kooperatif, belajar untuk menghargai satu sama lain.
3) Tujuan ketiga dari pembelajaran kooperatif adalah mengajarkan kepada pelajar keterampilan kerjasama dan kolaborasi. Keterampilan ini penting karana banyak anak muda dan orang dewasa masih kurang dalam keterampilan social
KETERAMPILAN KOOPERATIF.
Pembelajaran kooperatif bukan hanya mempelajari materi saja, tetapi pelajar harus mempelajari keterampilan keterampilan khusus yang disebut keterampilan kooperatif. Fungsi keterampilan kooperatif adalah untuk melancarkan hubungan kerja dan tugas. Untuk membuat keterampilan kooperatif dapat bekerja, guru harus mengajarkan keterampilan-keterampilan kelompok dan social. Keterampilan keterampilan itu menurut Ibrahim, dkk. (2000:47 55), antara lain:
a)Keterampilan keterampilan Sosial
- Keterampilan sosial melibatkan perilaku yang menjadikan hubungan sosial berhasil dan memungkinkan seseorang bekerja secara efektif dengan orang lain.
b)Keterampilan Berbagi
- Ramai pelajar mengalami kesulitan berbagi waktu dan bahan. Komplikasi ini dapat mendatangkan masalah pengelolaan yang serius selama pelajaran pembelajaran kooperatif. Siswa siswa yang mendominasi sering dilakukan secara sadar dan tidak memahami akibat perilaku mereka terhadap siswa lain atau terhadap kelompok mereka.
c)Keterampilan Berperan Serta Sementara
-Ada sejumlah pelajar mendominasi kegiatan kelompok, pelajar lain tidak mahu dan tidak dapat berperan serta. Terkadang siswa yang menghindari kerja kelompok karena malu. Siswa yang tersisih adalah jenis lain siswa yang mengalami kesulitan berperan serta dalam kegiatan kelompok.
d) Keterampilan keterampilan Komunikasi
- Kelompok pembelajaran kooperatif tidak dapat berfungsi secara efektif apabila kerja kumpulan itu ditandai dengan miskomunikasi. Empat keterampilan komunikasi, mengulang dengan kalimat sendiri, memberikan perilaku, memberikan perasaan, dan meninggalkan kesan adalah penting dan seharusnya diajarkan kepada siswa untuk memudahkan komunikasi di dalam pembelajaran berkumpulan.
e) Keterampilan keterampilan Kelompok Kebanyakan.
- Orang telah mengalami bekerja dalam kumpulan, di mana anggota anggota secara individu merupakan orang yang baik dan memiliki keterampilan sosial. Sebelum pelajar dapat belajar secara efektif di dalam kumpulan pembelajaran kooperatif, mereka harus belajar tentang memahami satu sama lain dan satu sama lain menghormati perbezan mereka.
PEMBAHAGIAN KUMPULAN
- Membantu membangun identiti kumpulan dan kesetia-kawan anggota merupakan tugas penting bagi guru yang menggunakan kelompok –kelompok pembelajaran kooperatif. Tugas tugas sederhana meliputi memastikan setiap orang saling mengetahui nama teman di dalam kelompoknya dan meminta para anggota menentukan nama kumpulan.
KESIMPULANNYA.
Dengan mode pembelajaran kooperatif (Cooperative Learning) diharapkan dapat mengembalikan rasa humanis diantara kita. Harapan ini bukanlah hal yang berlebihan karena dengan model pembelajaran ini kita terlatih dan terbiasa untuk tidak sekedar bekerja bersama-sama namun benar-benar bekerjasama dan masing-masing dari kita memberikan kontribusi demi keberhasilan bersama. Selain itu kita juga dibiasakan untuk saling menghargai dan tidak merasa benar sendiri. Jika model pembelajaran seperti ini dilakukan disemua sekolah mulai dari jinjang pendidikan paling dasar sampai dengan jinjang tertinggi, penulis yakin, kita akan kembali menjadi manusia yang humanis, bukan manusia yang mudah menyalahkan orang lain. Jika kebersamaan sudah menjadi kultur kita, maka persoalan apapun dan sebesar apapun pasti akan dapat diselesaikan dengan mudah. Akhirnya,dengan kebersamaan akan menjadikan hidup ini semakin indah dan bermakna.
Posted by farhah at 12:33 AM 0 comments
Sejarah
Kain Songket adalah hasil daripada tenunan benang sutera atau kapas yang ditenun bersama-sama dengan benang emas atau perak. Ia telah terkenal di Malaysia sejak abad ke 15 yang lampau. Perkataan songket berasal daripada perkataan sungkit iaitu teknik menyungkit. Industri tenunan songket ini telah berkembang pesat terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur seperti di Terengganu dan Kelantan. Bunga atau hiasan di kepala kain di tenun mengikut citarasa penenun. Corak atau ragam hias tersebut dikenali dengan nama-nama seperti tapak manggis, pucuk rebung, lawi ayam dan sebagainya.
Tenunan songket ini dilakukan sebagai industri kecil, yang mana kemahiran seseorang penenun itu mengambil masa selama enam minggu untuk menghasilkan sehelai kain songket yang panjangnya di antara 20 hingga 40 meter. Sesuatu yang mengkagumkan tentang seseorang penenun mahir ialah, dia tidak melakar corak songket di atas kertas sebelum kerja-kerja menenun dilakukan sebaliknya ia tercetus daripada daya kreativiti dan imaginasi yang tinggi lagi unik.
Motif
Motif yang digunakan untuk menenun songket diilhamkan daripada alam semulajadi. Antara motif-motif songket:
Motif Tumbuh-tumbuhan
Motif Binatang
Motif Alam/Benda
Motif Kuih
Corak
Corak kain songket lazimnya terdiri dari:
Susunan bunga penuh
Susunan bunga bertabur
Susunan bercorak
Proses Pembuatan
Secara ringkasnya proses menenun songket adalah dengan menggunakan teknik menyungkit iaitu menggunakan lidi buluh atau bilah nibung melalui benang loseng (warp) di permukaan alat tenun yang dipanggil �kek tenun�. Proses menyungkit dilakukan setelah benang �karat butang� disediakan. Benang karat butang digunakan untuk membuat reka corak atau sulaman benang emas.
Mencelup benang
Benang perlu dibersihkan sebelum dicelup ke dalam pewarna. Setelah pewarnaan dibuat benang perlu di keringkan, sebelum kerja selanjutnya dilaksanakan.
Melerai benang
Pelenting yang diperbuat daripada buluh kecil digunakan untuk melilit benang. Proses ini dilakukan dengan bantuan alat darwin dan alat pemutar rahat.
Menganeng benang
Proses membuat benang loseng yang diregang di alat penenun bagi menentukan saiz panjang atau jumlah helai kain yang akan ditenun.
Menggulung
Benang-benang yang diregang di alat menganeng (ianian) digulung dengan sekeping papan loseng.
Menyapuk benang
Setelah benang loseng dimasukkan ke dalam gigi atau sikat jentera, kerja-kerja menyapuk dilakukan. Dua urat benang loseng dikaitkan melalui setiap celah gigi jentera.
Mengarak benang
Karak dibuat daripada benang asing yang digelung. Benang loseng berangka genap dan ganjil akan diangkat turun naik secara berselang seli sewaktu menenun.
Menyongket benang
Proses mereka corak di atas benang loseng dengan menggunakan alat yang di panggil lidi dengan menyongketkan benang loseng sebanyak tiga atau lima lembar dan kemudian diikat dan dikenali sebagai proses ikat butang.
Menenun
Alat torak yang diisi dengan benang pakan atau benang emas, dimasukkan ke kiri dan kanan di celah-celah benang loseng mengikut corak yang telah ditentukan hinggalah menjadi sekeping kain. Kain yang telah siap ini dipotong mengikut saiz.
Penggunaan
Pada zaman dahulu songket melambangkan kebesaran. Raja-raja dan pembesar-pembesar istana sahaja yang bekemampuan memakainya. Kegunaannya adalah untuk membuat tanjak, samping, kain selendang dan persalinan diraja. Tetapi di zaman moden songket digunakan untuk pakaian pengantin, perhiasan dinding, beg tangan, alas meja, barang-barang cenderamata dan sebagainya mengikut keupayaan pengusaha untuk mempelbagaikannya.
Setelah sekian lama perusahaan songket berkembang di Malaysia maka kini corak songket mendapat tempat di hati para arkitek. Terdapat beberapa bangunan pencakar langit telah diterapkan dengan corak songket seperti bangunan Perpustakaan Negara Malaysia.
Posted by farhah at 12:29 AM 0 comments
Pengenalan
Tenunan kain pua atau dikenali juga sebagai tenunan ikat adalah seni tenunan yang dihasilkan oleh wanita Iban di Sarawak. Ia adalah hasil tenunan daripada benang kapas yang ditenun menggunakan 'Kek Iban'. Pua Kumbu pula merupakan salah satu jenis kain pua yang popular di kalangan masyarakat Sarawak. Kain tenunan ini bewarna kemerah-merahan atau coklat tua. Rekacorak yang biasanya digunakan ialah anak kunci, lengkar, rombus atau batu berlian dan panjang kain pua ini lebih kurang 40 hingga 50 cm. Rekacorak ini dipercayai dari pengaruh kebudayaan Annam (Vietnam) dalam abad ke-17 sebelum Masihi.
Motif
Pua kumbu ditenun oleh wanita yang sudah mahir menenun kerana pua jenis ini adalah paling rumit untuk ditenun. Bagaimanapun, motif-motif itu kerap dikaitkan dengan kepercayaan dan pantang larang mereka. Antara motif-motif yang digunakan:
Motif Engkeramba
Gambaran figura roh yang dikenali sebagai engkaramba ditenun dengan teknik ikat. Motif ini dipercayai berkuasa menghalang bencana atau kuasa jahat daripada menyerang tanam-tanaman dan penghuni rumah panjang. Biasanya, motif engkeramba hanya boleh ditenun oleh anak dan isteri ketua rumah panjang sahaja. Ini adalah kerana mereka benar-benar mahir menenun cara ikat.
Motif Fauna
Pua Kumbu
Antara motif binatang yang digunakan ialah motif buaya, ular, katak, harimau dan tikus kasturi, rusa dan serangga. Motif buaya dipercayai mempunyai kuasa untuk menjaga tempat berhuma (tanaman padi). Adalah menjadi kepercayaan kaum Iban bahawa buaya adalah jelmaan saudara-mara mereka. Motif ular pula tidak ditenun dengan sewenang-wenangnya kerana binatang ini membawa petanda buruk. Kemunculan ular dikaitkan dengan kuasa jahat atau hantu. Motif katak pula ditenun dengan gaya seperti manusia. Menurut kepercayaan kaum Iban, selampai iaitu roh perempuan sering menjelma sebagai katak. Selampai dikatakan mempunyai kuasa menciptakan bayi. Motif harimau dan tikus kesturi sering dikarang dalam bentuk abstrak. Dipercayai orang yang memakai kain tenunan ini dianugerahkan keberanian. Burung pula dikatakan pembawa alamat baik. Kain yang mempunyai motif burung dipercayai boleh menyembuhkan penyakit dan mendatangkan kekayaan dalam apa pekerjaan. Motif rusa pula mendatangkan kejayaan atau tuah semasa berburu. Motif-motif serangga seperti labah-labah, kunang-kunang, kala jengking dan lipan sering dimasukkan dalam tenunan pua.
Motif Flora
Tumbuh-tumbuhan juga turut digunakan sebagai motif tenunan kain pua. Antara tumbuh-tumbuhan yang sering ditenun ialah rotan, pucuk paku, pucuk rebung, buah-buahan, biji benih dan bungha-bungaan.
Antara motif yang ditenun ialah motif bulan, awan larat, alat tenun dan sebagainya.
Motif-motif Pua Kumbu
Proses Pembuatan
Ada dua cara yang digunakan untuk menenun pua iaitu cara ikat dan cara pilih.
Cara Ikat
Kek Iban
Benang kapas yang hendak ditenun diikat pada beberapa bahagian tertentu dengan tujuan menahan pewarna daripada meresapi bahagian tersebut. Ikatan dibuat mengikut corak yang dikehendaki. Kadang-kadang proses ini dibuat beberapa kali mengikut corak dan warna yang diingini. Warna-warna yang sering digunakan adalah warna coklat tua, biru kehitaman dan merah bata. Apabila proses mewarna sudah selesai, benang-benang kapas itu dikeringkan. Setelah benang betul-betul kering barulah ikatan-ikatannya dibuka. Kemudian benang itu ditenun. Tenunan dibuat secara kosong tanpa menyelang-nyelikan benang bagi menghasilkan corak. Corak yang terhasil adalah daripada kesan proses ikat.
Cara Pilih
Benang kapas yang hendak ditenun dicelup ke dalam pewarna. Kemudian benang-benang itu dikeringkan. Setelah kering, benang-benang itu ditenun. Selain daripada benang-benang yang diwarnakan, benang kosong iaitu benang yang tidak bewarna juga digunakan. Tenunan dibuat dengan cara menyelang-nyelikan benang di atas tenunan kain dasar untuk membentuk corak kain. Dengan itu terhasillah corak-corak kain yang berbentuk timbul.
Menenun Pua Kumbu
Penggunaan
Pada zaman dahulu pua kumbu digunakan di dalam adat istana sahaja. Sekarang penggunaannya telah diubahsuai menjadi hiasan dinding, alas meja, beg dan lain-lain rekacorak yang baru.
Posted by farhah at 12:10 AM 0 comments
Monday, April 11, 2011
pada hari yang sangat dan paling bahagia... aku sangat merindui saat2 macam ni... lama aku x berkumpul dengan kawan-kawan untuk meraikan kemenangan. last aku terima anugerah, masa dekan je.. tapi, masa terima sijil anugerah dekan, xda pun, makan2 ni.. hehee..
tapi, yang paling last masa sesi sekolah dulu, aku dilantik sebagai Presiden Pengawas Perempuan, Di SEKOLAH MENENGAH SULTAN YAHYA PETRA 2, KUALA KRAI..masa tu ramai ni yang jeles cz aku dapat presiden pengawas perempuan, dan penolong pengawas sekolah... aku sangat terharu dan cikgu pula memberi sepenuh kepercayaan kepada untuk memegang jawatan tersebut.. best je lau cikgu2 semua baik ng kita..tambahan pula, aku diberi tanggungjawab yang besar untuk menjadi seorang pemimpin yang berjaya dan berdisiplin.
Posted by farhah at 10:56 PM 0 comments