kepada masalah di sekelilingnya, yang kemudiannya bertindak mencari jalan keluar dalam bentuk penghasilan. Penghasilannya yang dilakukannya adalah melalui daya kreatifnya berdasarkan keupayaan dan kehendaknya untuk mengubah sesuatu keadaan supaya lebih sempurna. Individu ini juga berupaya bertindak berdasarkan kebolehannya menyesuaikan sesuatu keadaan kepada sesuatu keadaan yang lebih baik. Pembelajaran Seni Visual, aktiviti dan apresiasinya dapat memantapkan keupayaanmembuat dan merekacipta, menjadikan individu lebih imaginatif dalam pengkaryaan dan perekaan.
Ekspresi ialah tindakbalas emosi hasil daripada interaksi atau komunikasi dengan persekitaran, orang lain,masyarakat, peristiwa dan benda. Pembelajaran Seni Visual, aktiviti dan apresiasinya dapat memantapkan pengucapan, curahan idea, gambaran pemikiran dan perasaan, menggambar, memberi makna menerusi perkataan, pergerakan, arahan dan symbol. Selain itu ia dapat memberikan kepada individu berkomunikasi idea, perasaan dan emosi.
MAKSUD EKSPRESI
Menurut Taylor (1976) menyatakan bahawa ekspresi membawa maksud pengucapan, pencurahan perasaan, rasa hati yang dilahirkan melalui tutur kata, reaksi muka, imej visual dan reaksi fizikal seperti pergerakan tangan, kaki dan badan atau keseluruhan anggota. Selain itu, ekspresi dalam seni visual akan memantapkan pengucapan idea melalui gambaran imej menerusi pemikiran perasaan dan emosi seseorang individu itu. Beliau berkata lagi, tindak balas emosi merupakan hasil daripada interaksi dengan persekitaran, antara individu dengan individu yang lain ataupun masyarakat, peristiwa atau pun benda. Ekspresi dalam membentuk komunikasi pengkarya dengan audien’s seni adalah menerusi luahan hati dan perasaan yang lahir dalam diri dan memberi pengolahan imej visual pada pengkarya seni. Sebagai contoh, perasaan marah dilahirkan oleh seniman-seniman menerusi catan yang mempunyai warna-warna panas dan sapuan berus yang kasar di atas kanvas. Ini menunjukkan perasaan yang marah atau perasaan yang kurang selesa yang membuatkan seniman tersebut mempunyai konflik dalam diri. Menerusi karya yang di hasilkan, kita dapat lihat bahawa ekspresi dalam diri seorang itu yang berada dalm keadaan baik atau sebaliknya. Oleh itu, ekspresi merupakan salah satu faktor semulajadi yang telah wujud dalam diri setiap insan. Menerusi olahan seni, karya dapat dihasilkan melalui peniruan, peniruan sepenuhnya. Selain itu, karya yang dihasilkan oleh pengkarya, mestilah menggunakan serta mengalami tiga (3) lagi jenis keativiti iaitu, kreativiti, emosi dan sensitivity selain daripada ekspresi.
Selain itu, Ekspresi juga dikatakan bahawa ia merupakan salah satu naluri. Naluri yang di maksudkan ini adalah naluri rasa, peka serta deria yang cepat. Sebagai contoh, dalam penghasilan batik songket. Dalam penghasilan karya seni tersebut, individu tersebut seharusnya telah mempunyai naluri rasa, ingin mencuba, peka serta derianya cepat. Dalam penghasilan batik songket,apabila pandai tukang itu menghasillan songket, dia seharusnya mempunyai naluri demikian untuk menghasilakan songket yang berkualiti. Ekspresi di sini menunjukkan bahawa sesuatu karya seni yang ingin dihasilkan itu seharusnya mempunyai naluri dalam diri pengkarya dalam menghasilkan songket yang baik lagi berkualiti.
Tuesday, April 12, 2011
Posted by farhah at 1:19 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment